Fakhruddin Ar-Razi
Nama lengkap Imam Fakhruddin Ar-Razi yaitu pengarang Tafsir
Al-Kabir yang terkenal ini adalah Shaikh Al-Islam Muhammad bin Umar bin bin
Al-Hasan At-Tamimy Al-Bakry Al-Qurasyi At-Tibristani Ar-Razi Asy-Syafi’i
Al-Asy’ari, ini adalah seperti yang di sebut Sheikh Manu ul Al-Quttan, terdapat
sedikit perbedaan dengan apa yang di tulis Al-Marhum Dokter Muhammad Husain
Az-Zahaby dalam karyaannya yaitu Abu Abdillah Muhammad bin Umar bin Al-Husain
bin Al-Hasan bin Ali At-Tamimy Al-Bakry At-Tibristani Ar-Razi, seorang yang di
gelar dengan Faqruddin. Imam Fakhruddin terkenal dengan gelaran Ibnu Khatib
Al-Ray Asy-Syafi’i Al-Faqih, Ayah beliau ternyata seorang ulama yang terkenal
di zamannya yang bergelar Sheikh Al-Khatib Ar-Ray sahabat Imam Al-Bughawi yang
berketurunan Amir Al-Mukminin Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq R.A., Khalifah Umat
Islam yang pertama, beliau di lahirkan pada 25 Ramadhan di kota Ray (Tehran,
ibu kota Iran sekarang ini) pada tahun 543 Hijrah, meninggal dunia pada 606
Hijrah di Herah, sebagaimana yang disebut oleh As-Subki.
Imam Fakhruddin ar-Razi memiliki Ilmu agama dan Umum, Pakar
dalam Ilmu Kalam (Teolog), Mufassir, Mantik dan Falsafah, jelas dalam kitab
ilmu Kalam bahwa beliau memiliki kitab –kitab ilmu tersebut sehingga beliau
dimusuhi oleh ahli-ahli falsafah yang hidup di masanya. kitab –kitab tersebut
menjadi tempat rujukan bagi orang-orang yang menggelarkan diri mereka sebagai
ahli Falsafah Islam. Imam Fakhruddin ar-Razi mempunyai kedudukan yang tinggi di
sisi ulama usul Fiqh. sehingga apabila mereka mengutip pandangan beliau mereka
berkata dalam karangan mereka : “berkata Imam , atau disisi Imam , apabila
mereka berkata “Imam”, tanpa menyebut nama selepas daripadanya maka yang di
maksudkan ialah Imam Fakhruddin ar-Razi . B. Pendidikan Imam Fakhruddin ar-Razi
memulai belajar ilmu dari ayahnya, Al-Imam Dhiya ad-Din Khatib ar-Ray sahabat
Imam Bughawi oleh kerena itulah di kemudian hari Imam Fakhruddin ar-Razi di
gelar sebagai ibnu Khatib ar-Ray, di nisbah kepada nama ayahnya.
Imam Fakhruddin ar-Razi belajar ilmu dari ayahnya sampai
ayahnya meninggal dunia, kemudian beliau belajar dengan sebagian ulama di kota
ar-Ray, beliau belajar ilmu Hikmat, Kalam dan Fiqh dengan Majdidin Al-Jaili
seorang yang amat terkenal pada zamannya, mengutip ilmu dengan Majdi–Din
mengambil masa yang sangat lama sehingga tiada terdapat pada zamannya yang
lebih hebat dari beliau, dan adalah majlis ilmunya sangat hebat, sosok beliau
sangatlah dimuliakan orang ramai sehingga pemerintah sangat memuliakan beliau.
Berkata Ibnu Khalkan (yaitu murid Imam Fakhruddin ar-Razi), bahwa Imam
Fakhruddin ar-Razi menulis dalam karangannya yang bernama Tahsil Al-Haq,
belajar dengan tekun ilmu Usul (Usul disini bermaksud Ushuluddin yaitu ilmu
Tauhid /Kalam) dengan ayahnya Dhiya Al-Qur’an-Din Umar, dan ayahnya belajar
dari Abi Al-Qasim Sulaiman Bin Nasir Al-Ansari dan beliau belajar dari Imam
Al-Haramain Abi Ma’ali Al-Juwaini, dan beliau belajar dengan Al-Ustaz Abi Ishaq
Al-Isfiraiyaini dan beliau belajar dengan Al-Syeikh Abi Al-Husain Al-Baahili
dan beliau belajar dengan Syeikh As-Sunnah wal Jamaah Abi Al-Hasan Ali bin
Ismail Al-Asy’ari ( Imam abu Hasan Asy’ari ) dan Imam abu Hasan Asy’ari belajar
ilmu dengan ayah tirinya Ali Al-Jubba’i Al-Mu’tazili (seorang Imam pada Madhab
Mu’tazilah) pada permulaannya kemudian beliau kembali kepada monolong madzhab
Ahli Sunnah wal Jamaah, setelah peristiwa perdebatan beliau dengan Sheikh
Al-Jubbai. Adapun dalam memperdalami ilmu Madhab (Fiqh) pula, beliau belajar
dari ayahnya, dan ayahnya belajar dari Abi Muhamad Al-Husain bin Mas’ud
Al-Farra’ Al-Baghawi, AL-Farra’ pula belajar dari Al-Qhadi Hussin Al-Marwazi,
dan Al-Qhadi Hussin pula belajar dari Al-Qaffal Al-Marwazi, manakala al-Qaffal
belajar dari Abi Yazid Al-Marwazi, yang mana dia belajar dari Ali Abi ‘Abbas
bin Rabah, Abi ‘Abbas pula belajar dari Abi Al-Qasim Al-Anmaathi, dan beliau
belajar dari Abi Ibrahim Al-Muzani, yang mana Al-Muzani belajar dari Al-Imam
Asy-Syafi’i R.A.
Dikatakan bahwa Imam Fakhruddin ar-Razi menghapal kesemua
karangan Imam al-Haramain dalam Ilmu Kalam, kemudian beliau menuju ke negeri
Khawazim, pada masa ini beliau telah mahir dalam pelbagai disiplin ilmu,
lantaran beliau di sini, telah berlaku peristiwa pertukaran Madhab dan pegangan
Ilmu Kalam di kalangan penduduk. kemudian beliau berpindah ke negeri berdekatan
, disini berlaku lagi peristiwa yang sama semasa beliau di Khawazim, kemudian
beliau kembali ke negeri asal beliau Ar-Ray, dan adalah di Ar-Ray pada masa ini
seorang dokter perubatan yang mempunyai kehidupan yang mewah, beliau mempunyai
dua orang anak perempuan, manakala Imam Fakhruddin ar-Razi mempunyai dua orang
anak laki-laki, apabila si dokter sakit dan yakin bahwa beliau akan mati
lantaran sakitnya itu beliau menikahkan kedua orang anak beliau itu dengan dua
anak Imam Fakhruddin ar-Razi kemudian Imam Fakhruddin ar-Razi menjadi pengurus
kesemua harta benda tersebut.
0 komentar:
Posting Komentar